Hijrah Madinah
Muslimat
12 Januari – 12 Februari 2027 · 32 hari / 31 malam, untuk kumpulan 10 Muslimat terpilih.
TIGA JALAN MENGHAYATI MADINAH
Muslimat, keluarga, atau Ramadan di sisi Masjid Nabawi. Lihat butiran setiap program dan daftar minat melalui satu laman ini.

01 / HIJRAH MADINAH MUSLIMAT
12 Januari – 12 Februari 2027 · 32 hari / 31 malam. Bermula di Madinah (14 malam), ke Makkah (6 malam), kemudian kembali ke Madinah (11 malam). Pengalaman menghayati kehidupan di kota Rasulullah ﷺ melalui ibadah, al-Quran, ziarah dan ukhuwah, seperti sebuah keluarga. Tarikh perjalanan dirancang; penerbangan dan penginapan tertakluk pengesahan akhir.
Poster Muslimat · SR19,500 seorang ↗SR19,500 seorang
Daftar minat percuma. Jika terpilih dan menerima tawaran bertulis, jadual bayaran yang dirancang ialah deposit SR2,000, bayaran kedua SR6,500 dan baki akhir SR11,000. Jumlah keseluruhan SR19,500 seorang. Jadual dan syarat muktamad diberikan sebelum sebarang bayaran.
Barang dapur dan makanan rutin Madinah, belanja peribadi dan perkhidmatan yang tidak disenaraikan tidak termasuk. Pengajian rasmi di Masjid Nabawi tertakluk pendaftaran, kelayakan, jadual dan kelulusan; tiada kelas rasmi harian yang dijamin. Sasaran menyambut awal Ramadan di Madinah tertakluk takwim rasmi. Pelepasan memerlukan minimum 10 peserta berbayar.
02 / FAMILY LIVING
Rangka pengalaman peribadi 30, 60 atau 90 hari untuk maksimum lima orang. Skop dan harga akhir disesuaikan dengan tarikh, ketersediaan, keperluan keluarga dan cadangan bertulis.
Poster contoh Family Living · skop tertakluk tawaran ↗Belum ada harga jual tetap untuk Family Living. Kami akan semak bilangan ahli keluarga, tarikh, rumah, kenderaan dan aktiviti sebelum memberi pecahan skop serta harga bertulis.
Item pada poster seperti makan malam Aryaf Taibah, hadiah kurma dan sesi al-Quran ialah contoh; hanya termasuk jika dinyatakan dalam cadangan bertulis. Penerbangan, makanan harian, Tahsin, AlUla, aktiviti berkuda / ladang unta dan keperluan tambahan juga tertakluk pilihan serta pengesahan tawaran.
03 / RAMADAN NABAWI
Perjalanan peribadi untuk dua atau tiga tetamu. Pakej ini berpusat di Madinah; umrah Makkah 3 hari 2 malam ialah pilihan tambahan.
Lihat poster Ramadan Nabawi penuh ↗Kelas al-Quran, makanan harian dan umrah Makkah 3 hari 2 malam adalah pilihan tambahan. Butiran bilik, penerbangan dan jadual akhir diberi sebelum tempahan.
Deposit tempahan RM1,000 selepas tawaran dan terma bertulis diterima. Mengisi borang minat tidak memerlukan bayaran dan belum menjamin bilik atau penerbangan.
KENALI ANDA · KOMUNITI HIJRAH MADINAH
Kami ingin mengenali anda dan memahami pengalaman yang anda harapkan—sama ada untuk tinggal lebih lama, mendalami al-Quran, menghayati sirah atau meluangkan masa bersama keluarga.
Kongsikan sedikit tentang diri anda. Anda juga boleh bertanya, memberi cadangan atau memberitahu perkara yang masih menghalang anda untuk menyertai.
Borang ini ialah pendaftaran minat dan komuniti. Ia tidak mengesahkan tempahan atau mewajibkan sebarang bayaran.
YaSalam Careline · +60 19-883 1787Pengendali: Ya Salam Travel & Tours. Kami menggunakan maklumat anda untuk mengurus minat, menjawab pertanyaan dan membuat susulan yang anda pilih. Hanya pegawai yang dibenarkan mengakses rekod; jawapan tidak dipaparkan kepada umum atau dihantar kepada pembekal pakej secara automatik. Bagi profil lengkap, nama dan alamat e-mel diproses melalui penyedia e-mel Resend untuk menghantar pengesahan; jawapan terperinci borang tidak dimasukkan dalam e-mel tersebut. Untuk melengkapkan profil, pilih Ya atau Tidak bagi perkongsian komuniti; hanya pilihan Ya membolehkan jemputan. Rekod maklumat asas sahaja tidak layak untuk jemputan komuniti atau kumpulan. Tiada kemasukan automatik ke kumpulan WhatsApp; sebelum jemputan kumpulan, kami akan jelaskan bahawa ahli lain boleh melihat nombor anda. Rekod disimpan selagi diperlukan untuk tujuan ini atau sehingga permintaan pemadaman dipenuhi; tempoh maksimum tetap belum ditetapkan. Untuk akses, pembetulan, berhenti menerima kemas kini atau pemadaman, e-mel admin@yasalam.com.my dengan nombor rujukan. Jangan masukkan nombor IC, pasport, alamat penuh, penyata bank, pendapatan tepat atau diagnosis kesihatan. Analitik trafik pihak pertama berjalan secara automatik untuk mengira paparan dan tindakan umum; pengecam hanya wujud sepanjang satu muatan halaman. Jawapan borang dan IP mentah tidak disimpan dalam rekod analitik. Anda boleh mematikannya di sini.